Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978 di London, England) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional berbangsa Malaysia dan bekas Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.
Shalin lahir di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.[1] Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.
Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara. Penghargaan
Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)
[sunting]Kejayaan
[sunting]1994
Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita
[sunting]1996
2nd World Tenpin Team Cup (Calgary, Kanada) - Pingat Gangsa & Undian MVP
Piala Dunia AMF (Ireland Utara) - tempat ke-2
[sunting]1998
Piala Dunia AMF (Kobe, Jepun) - Rekod untuk layak ke 3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat ke-3 keseluruhan
[sunting]1999
Kejohanan Belia Asia (Singapura)
Pingat Emas Bergu
Pingat Emas Pasukan
Sukan SEA (Brunei)
Pingat Emas Bergu
Pingat Emas Kumpulan Bertiga
Pingat Emas Pasukan
Pingat Emas Semua Acara
Pingat Emas Masters
Pingat Gangsa Perseorangan
[sunting]2001
World Tenpin Masters (Essex, England) - Juara Wanita Pertama
Sukan SEA (Malaysia)
Pingat Emas Perseorangan
Pingat Emas Semua Acara
Pingat Emas Kumpulan Bertiga
Pingat Emas Pasukan
Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru
Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan
[sunting]2002
Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita
Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita
[sunting]2003
World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita
Kejohanan Boling Tenpin Sedunia - Pingat Emas Pasukan Berlima Wanita
Terbuka Santa Claus - Tempat ke-2
Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita
Asian Bowling Tour (pusiangan Filipina) - Juara Wanita
World Tenpin - Pingat Emas Berpasukan
[sunting]2004
Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita
Terbuka Sinai - Juara Wanita
ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita
Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita
[sunting]2005
Kejohanan Boling Komanwel ke-2 (Cyprus)
Pingat Emas Masters
Pingat Emas Bergu Campuran
Pingat Emas Berpasukan
Pingat Gangsa Berseorangan
Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita
[sunting]Rujukan
↑ Yusoff, Ruslina (2007-03-28), "Mutiara Damansara: What bowls her over", The New Straits Times
Laman web rasmi
Profil di MTBC
Rencana pasukan boling Malaysia di Sukan Asia 2006
Senarai anugerah Shalin Zulkifli di Storm International
2005 World Games Article
2005 Commenwealth Tenpin Bowling Championship roster
Rencana Sukan Asia 2006
Terbuka Antarabangsa Thailand 2002